Sunday, September 20, 2009

1 Syawal 1430H

Alhamdulillah tahun ni kami sekeluarga dapat berkumpul untuk merayakan Aidilfitri.
Hanya abg n kak mas yang balik Taiping.
Yang lain2 beraya di rumah mentua masing.
Gambar2 diambil selepas selesai solat sunat Aidilfitri.
Lepas bergambar, terus balik kampung mama.
Beraya sakan di rumah sedara mara sampai buncit perut.
Insyaallah pagi esok gerak balik ke kampung abah di Bidor.


Salam Aidilfitri

Ramai tegur makin kurus..adoii..

Saturday, September 19, 2009

Aidilfitri 1430h

Sambutlah kemenangan kita berjuang dalam bulan Ramadhan dengan kesederhanaan.
Semoga rahmat Ramadhan menyusuri perjalanan kita selepas ini.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

ikhlas dari,

Happy Birthday Abang-abangku

19 September 1982
Tarikh keramat buat mama dan abah apabila lahirnya dua anak kembar yang comel.
Hari ini, kedua2 nya telah berjaya.
Berjaya dalam kehidupan bekerjaya.
Berjaya dalam kehidupan bekeluarga.
Masing-masing telah membina sebuah keluarga yang bahagia.

Doa ana buat abang n abang dan,
Ya Allah…
Abadikan kasih sayang antara kami,
Tunjukkanlah jalan dan penuhilah ia dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,
Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,
Hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung.

Amin.

Friday, September 18, 2009

Muffin pisang

Hari ini saya n kak dill buat muffin pisang.
Cubaan kali pertama menjadi.
Alhamdulillah.
Gebu dan sedap.

~miss him~

Thursday, September 17, 2009

Wajahnya buatku tenang~

Alhamdulillah..saya selamat sampai di Taiping dari Perlis.
Perjalanan hari ini ditemani dendangan lagu2 raya.
Almaklumla..mood raya sudah tiba bila dapat taw jumaat cuti.
Hari ni sangat berserabut atas sebab2 tertentu.
Macam2 yang nak kena settle dalam cuti ni..sapa yang taw tu taw la.
Balik tadi pun dengan mood yang sangat xstabil.
Sorry sangat kat my boyfie sebab moody je.
Ada je benda nak marah pagi tadi.
Perjalanan balik plak sangat letih (walaupun bukan saya yang drive)
Awal perjalanan dah lena and around Gurun baru tersedar.
Pergi basuh muka semua baru segar balik.
After that hujan plak menemani kami semua.
Sampai la kat rumah, hujan still turun.
RahmatNya yang memberikan hujan untuk menyambut kepulangan kami.
Alhamdulillah..
Elok masuk rumah, ada abah n adik je yang ruang tamu.
Yang lain2 semua dalam bilik tengah bergosip.
Terus amek baby Iman n gomoi2 dia.
Semua keletihan hari ini hilang.
Lama main2 dengan dia sampai achik dia lupa nak mandi.
Hahahaha.

~miss him~

Tuesday, September 15, 2009

Minggu yang sibuk~

Dis week merupakan minggu yang paling sibuk dalam bulan Ramadhan ni.
Kebanyakan assignment perlu disubmit before balik raya.
And ada jugak yang berjaya meng'extend' due date assignment.
Selain assignment, banyak gak aktiviti yang dilakukan.

Ahad lalu majlis berbuka puasa di rumah bunda aka mentor pemulihan.
Menu pilihan bunda tapi disediakan oleh2 puteri2 pemulihan.ahaks=P
I menguli tepung untuk buat kuih buah melaka.
Tapi ada orang panggil kuih tue chewing gum
Oh noo...adakah I yang bersalah???

Isnin plak gurls day out.
Gurlz pemulihan plan berbuka puasa di MU.
Simple je sebab last minit planning tapi tetap meriah.
Dalam majlis ni lelaki idaman malaya tak dijemput kerana depa dikerah untuk mencari bahan2 untuk majlis berbuka puasa di surau rabu ni.
After berbuka, shopping time.ahaks~
Sangat enjoy ye bila perempuan2 pergi shoping beramai2.
Hehehehehe.
Jangan marah ekk sygku hamzah sabrosa.

Hari ini, kak suhana plak dah selamat melahirkan baby bot di Mahsuri Jitra.
Around jam 4 petang hamzah + saya and beberapa orang lain i'allah akan pergi melawat.
Congrate sis.
Sangat menyentuh hati baca tulisan2 dia bila dah dekat nak deliver baby neh.
Alhamdulillah dia n baby sihat semua.

Esok (rabu), majlis berbuka puasa di surau.
Untuk berbuka kami prepare nasi halba + buah melaka buatan sendiri (baru belajar kan hari tue..hehehe)
Moreh plak kami serve buah melaka + pisang goreng.
Tapi rasanya pisang xdapat ditemui lagi.
Xtaw la macam mana plak plan nya.
Anyway, semua ni mengeratkan silaturahim antara kami semua.

~cepat siap..nanti lambat kena marah~



Friday, September 11, 2009

Gembira dan sedih

Gembira kerana...
Dapat berbuka sekali lagi dengan si dia dan abg nazer.
Lokasi pilihan kali ni KFC berhampiran The Store.
Lepas mengaminkan doa, saya terus memulakan proses menelan makanan.
Menu untuk saya cheesy chickaroni + air strawberry.
Berjaya melicinkan makaroni n air.
Juga melicinkan Cheezy Wedges abg nazer.
Hehehehe.


Sedih kerana...
Before ke KFC kami singgah di Kedai Kek Sayang.
Saya beli sepotong strawberry cheese cake.
Dah lama teringin sangat nak makan kek.
Sedikit teruja bila kek ada dalam tangan.
Tapi bila suap kek dalam mulut..hurmm..
Cheese dia da masam..
Sangat mengecewakan and bagi roomate rasa.
And terbukti memang masam.
Terus campakkan kek ke dalam bakul sampah.
Hurmm..
Tak dapat gak makan kek yang diingini.
Sedih..~


Anyway, saya enjoy dapat spent time with them yang sangat prihatin.
Thanx to both of you.

-gambar2 hasil carian mr google-