Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah..
Sejuta kesyukuran aku panjatkan kepada-Mu ya Allah kerana mempertemukan aku dengan Ramadhan lagi..
Moga aku memperoleh sejuta rahmat dalam bulan yang penuh kemuliaan ini.
Ya Allah..berikan aku kesempatan untuk bertaubat..
Berikan aku ruang untuk menikmati nikmat agama-Mu..
Sinarkan aku dengan cahaya Islam..
Salurkan kekuatan ke dalam tubuhku untuk menjalani ibadat kepada-Mu..
Amin..


..insyaAllah weekend ni pulang ke Taiping..
..dapatla jumpa budak botak ni..
..rindu sangat dengan keluarga di taiping..
..tunggu ana ye..
.. =) ..

Saturday, August 7, 2010

Sabar ye hati..

Berkata-kata memang mudah..
Jadi saya dah xnak berkata-kata..
Saya memilih jalan untuk diam..
Diam bukan tanda kalah..
Tapi diam untuk memberi ruang..
Diam untuk memberikan waktu buat hati menjadi tenang..
Diam itu indah sebenarnya..

..sabarlah wahai hati..
..kadang-kadang insan lain xdapat memahami apa yang kita rasa..
..hati insan lain xsama dengan hati kita..
..perkataan insan lain xsesuai dengan perkataan kita..
..jangan sedih hatiku..
..kita tahu apa yang kita lakukan..
..kita buat bukan kerana em
..kita berfikir bukan dengan nafsu dan emosi..
..kita meminta bantuan-Nya..
..hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik..
..sabarlah hatiku..

Kata seorang pendeta..
Apologizing doesn't mean that you are wrong and the other is right, it means that you value your relationship more than your ego..
Tapi insan lain xfaham erti maaf itu..
Hurmm..
Terima kasih sahabat atas segalanya..

Kau sahabat kau teman...

Saya mulakan karangan saya kalimah indah menenangkan jiwa..
Hari ini bukan saya nak sampaikan ceramah agama tapi sekadar meluahkan apa yang dirasa oleh seorang perempuan kerdil.
Saya dah mengecewakan beberapa orang yang bergelar teman..
Apa kisahnya biarlah menjadi rahsia..
Jauh disudut hati memang sukar nak buat keputusan ini..
Ketahuilah wahai sahabat..ana tak sekejam itu..
Rambut sama hitam hati lain2..
Dan kerana pepatah itu ana berfikir entah untuk ke berapa kali..
Ana dah penat untuk berfikir sehinggalah keputusan termeterai malam tadi..
Keputusan ini bukan kerana membenci ye sahabatku..
Ana tak membenci kalian tapi keselesaan kita ana utamakan..
Seribu kemaafan ana pohon dari sahabat2 semua..
Demi hubungan yang bernama kawan..ana takkan tinggalkan kalian begitu saja..
Kesusahan yang kalian rasa dulu..ana juga merasai..
Jika kalian letih..ana juga letih..
Ana tak mahu kerana perkara ini kita renggang..
Sekali lagi seribu kemafaan dipohon..
Moga Allah memberkati urusan kita..
Amin..

Friday, August 6, 2010

Terima kasih mak & ayah =)

Saya baru je pulang dari Program BIG.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
Cuma ada masalah masa nak balik tadi.
Apa2 pun thanx to Mak n Ayah yang sudi hantar kami balik maktab tadi.
Pakcik Indrus n Makcik Rosni xbagi okkay kami panggil pakcik n makcik.
Panggil mak n ayah..hehe
Xpasal2 ada parents lagi.
Cakap2 pasal parents ni..saya rindu sangat dengan Mama n Abah..
Lama xbalik rumah..
Hmmm..
Okkay la..
Back to the topic..
Mak n ayah beri layanan yang cukup baik.
Kalau bab makan memang xyah cakap laa...
Bila jamu makan je, mesti nak suruh kami perabih semua yang ada.
Tapi i'm sorry..
Saya xmakan banyak..
Makan sket dah penuh perut.
Tapi yang herannya..lunch tengahari tadi saya sangat berselera..
Makan nasi lauk ketam masak lemak..
Perghhh..memang menjilat jari ahh.
Keperluan asas kami pun dijaga dengan baik..
Satu bilik dok 2 orang..
Saya bersama Reen..dan Suhaila bersama Aisyah.
Rumah saya 4 orang ye.
Macam2 yang saya dapat sepanjang 3 hari kat sana.
And lagi skali saya dapat pengalaman menjadi pengacar majlis.

Ok..that's all for today..
Letih yang teramat sangat..
Daa..

Wednesday, August 4, 2010

BIG Fasa IV

Seperti semester2 lepas..
Kami kena menjalani Program Bina Insan Guru.
Untuk BIG Fasa 4, kami perlu menjalani Program Anak Angkat yang telah dirancang akan dijalankan di Felda Mata Air, Perlis.
Insya-Allah kami akan bertolak jam 3 petang ni..
Doakan perjalanan kami selamat dan moga program ini dirahmati-Nya.
Tentatif untuk petang nanti adalah Majlis Penyerahan Anak Angkat kepada keluarga angkat.
Peserta-peserta program masih tak tahu adik beradik angkat dia sebabnya mak n ayah angkat sendiri yang akan cabut undi untuk memilih anak masing2.
So, petang ni baru tahu saya akan partner dengan sape.
Yang pastinya..saudara angkat saya adalah seorang perempuan..hehe
Ok la..nak kena g amek beg dekat mr sabrosa..
Sejak beg galas saya hilang ni..dok kira pinjam beg galas orang jela..huhuhu
Silent for a few days.
~Take care readers~


bila Dia menjemput kita....

Mood sekarang dalam perasaan yang bercampur baur lepas baca link ni..

Bila baca cerita adik ni..terlintas dihati saya yang kita sebagai hamba Allah hanya meminjam nyawa daripada Allah..
Bila-bila masa Dia boleh mengambil semula apa yang telah dipinjam..
Sebagai manusia kita hanya perlu bersedia..
Namun persoalan yang wujud dibenak saya..dah bersediakah kita untuk melangkah ke dunia yang kekal abadi itu..
Sudah cukupkah bekalan yang kita akan bawa..
Yakinkah kita untuk menjawab pertanyaan di alam kubur kelak..

Ya Allah..
Kau bimbinglah aku dan saudara-saudara ku untuk sentiasa berada dilandasan-Mu..
Kau berikan kami kesempatan untuk merasai nur hidayah-Mu..
Jauhkanlah kami dari segala yang menyesatkan..
Sesungguhnya hanya kepada Engkau kami meminta-minta..
Hanya kepada Engkau kami berserah diri..
Amin..

Saidina Abu Bakar pernah berkata semasa Baginda Rasulullah wafat, "Andai kamu mencintai manusia, maka ia akan meninggalkan kamu. Andai kamu mencintai Penciptanya (Allah), Sesungguhnya Allah adalah kekal abadi." 

Tuesday, August 3, 2010

Best ke cloth pad ni?

Hari ni nak sembang hal kewanitaan sket.
Saya terus terpikirkan tentang cloth pad ni bila baca ni blog MAMA IMAN
Ada sape2 tahu or pernah try cloth pad????
I am wondering tentang cloth pad ni.
Kepada sesiapa yang tak tahu, cloth pad ni adalah tuala wanita yang boleh diguna semula.
Kira macam cloth diapers baby tue.
Dah pakai boleh basuh and pakai semula.
Contoh cloth pad macam pix kat bawah ni.


Kalau kira2 perbelanjaan memang jimat la sebab dia boleh basuh tapi ada jugak keraguannya.
Ish..ada sape2 yang tahu more information tentang cloth pad ni x?

..pad herba saya dah try and memang best..cloth pad ni macam nak try je..