Saturday, September 7, 2013

Wedding Check List

Rindu nak menulis dekat blog kesayangan ni tapi bila stay di tempat yang jauh dari segalanya, memang tak de cerita yang nak ditulis. Setiap hari bangun, pergi sekolah, tengahari balik rumah. Rehat-rehat sampai malam lepas tu tidur. Esok sambung balik rutin yang biasa. Inilah kehidupan saya di perantauan ni.

Lupakan tentang sekolah, hari ni saya nak cerita tentang persiapan perkahwinan. In sha Allah majlis akan berlangsung bulan November ni. Bila namanya tuan badan duduk jauh, makanya semua urusan keluarga saya yang uruskan. 

1. Borang nikah & Ujian HIV
Lepas majlis tunang hari tu saya dah settlekan urusan-urusan wajib. Haruslah tentang borang untuk nikah + ujian HIV. Semua borang saya dah serahkan pada Abah untuk next step. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Si Dia pun dah settle bab borang. Sijil untuk nikah luar qariah pun dah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Kedah. So dah boleh nikah la ;)

2. Hantaran
Saya memang plan untuk buat sendiri gubahan hantaran. Rancangan asal saya nak buat simple je. Beli kotak yang warna silver/gold, lepas tu gubah bunga keliling kotak tu. Siap. Tapi kakak saya offer untuk buat gubahan hantaran yang grand sikit. Tak la grand melampau-lampau cumanya tak simple macam plan saya.hehe. So dah dia offer, saya terima dengan senang hati. Waktu cuti raya barang-barang untuk gubahan hantaran dah beli. Balik nanti tengok kotak hantaran yang dah siap jela.hehe..tq in advance kakak :)

*hantaran impian*
Plan saya nak buat macam ni la tapi idaklah guna kotak kaca. Design hantaran Arma Couture memang menyentuh perasaan..ouhhh..santeknyaaaa~~~

3. Barang hantaran
Untuk barang hantaran saya hanya beli handbag dan kasut (sebab nak kena try saiz kan). Yang lain-lain semua kakak Si Dia yang beli. Kami (Saya & Si Dia) hanya bincang online jela. Kakak bagi gambar then kami pilih-pilih. Setakat ni yang dah beli set perfume dan jam tangan. Yang lain-lain saya tak terima report lagi.hihi.. Gaya duduk oversea je ye. Semua benda orang yang uruskan.

4. Catering
Bahagian ni memang Mama Abah yang uruskan. Dari wedding abang dan kakak saya lagi. Catering dari awal dah booking Pakcik Awie, pekerja kantin sekolah mama dulu. Kenduri Kak Dilah dulu pun ambil catering dia. 

5. Kad Jemputan
Cuti raya hari tu dah survey harga kad jemputan area Taiping tapi semua harga paling murah 50 sen. Saya memang bajet tak nak buat yang mahal-mahal sebab kad ni orang buang je last2. Tuan badan je yang akan simpan. tu pun simpan sekeping dua je.hihi. So at last, Kak Dilah (2nd sister) survey area Ipoh. Then dapat la sekeping 19 sen + sampul 4 sen. Total untuk sekeping dapat 23 sen. Tq Kak Dilah :)

6. Goodie bag
Bag untuk cenderahati tetamu dah beli cuti hari raya. Ada offer 10 pieces RM1.90. Jatuh 1 beg 19 sen sahaja. Terus beli 1000 pieces warna ungu dan biru. Isi dalam goodie bag pulak Mama Abah request untuk letak Air Gau sebotol (saiz botol mineral kecik) dan roti gardenia. Simple dan orang pun tak buang-buang je makanan tu. 

7. Baju Pengantin
Alhamdulillah lagi sekali urusan saya dipermudahkan. Untuk baju resepsi saya ambil dari butik belah Si Dia. Both resepsi ambil di Kedah. Saya cuma booking buti di Taiping untuk make up dan bersiap bagi pengantin lelaki & perempuan. Butik pun dah booking tarikh. Area rumah saya jugak. So tak susah nak pergi pagi kenduri tu untuk bersiap.

Resepsi belah perempuan warna ungu ni. Sejak bila minat ungu pun tak tahu laa..haha. Saya dapat berita baju saya dua-dua resepsi baju baru (i like..haha). Untuk belah lelaki dress, belah perempuan (yg kaler ungu ni) design baru. Saya pun tak dapat bayang macam mana design tu. Tunggu jela hujung tahun ni tengok sendiri. Can't wait!! ;)

8. Baju nikah
Untuk design baju nikah dah lama saya survey nak buat design apa. Naik termuntah jugak la encik tunang layan saya. Plan asal nak buat dress tapi bila fikir-fikir balik, dress memang saya tak kan pakai kalau tak de event yang grand. Nak pulak kau mengajar dekat pedalaman yang kena naik bot bagai, memang harapannn la nak ada event grand. So plan untuk buat dress cancel.

Plan 1 : Nak buat dress macam ni. Tempat nak order pun dah ada tapi cancel sebab takut tak pakai dah. Rugi wehh buat mahal-mahal pakai sekali je.

 Dapat pulak idea nak buat baju kurung moden tapi kain shining / tabur diamond. Plan ni pun cancel sebab saya survey kain yang macam ni RM200++ semeter. Tak kan nak buat baju beli semeter je kan. Selagi boleh jimat, saya akan jimat. Lepas kawin nak guna duit jugak kan. so jimat selagi boleh :)

Baju yang guna kain shining. Memang cantik tapi ya ampun..mahalnyaaa.. 

Lastly saya decide untuk buat baju peplum. Simple & boleh pakai lagi lepas ni. Warna yang kami pilih baby blue. Kain sama dengan kain baju melayu encik tunang. Kami beli di Jakel Alor Star, RM18.90 semeter. Sampin encik tunang pun dapat di Jakel jugak dengan warna sedondon dengan baju. Memang nice la. Hope baju peplum saya jadi elok la.hehe

Design peplum lebih kurang macam ni. Add beading bahagian pinggang dan hujung lengan. Warna yang dipilih baby blue. Upah jahit + beading = RM200.

 Warna kain baju nikah kami lebih kurang macam ni. Baby blue. Love so so so much dengan warna ni.

9. Cadar pengantin
Cadar saya tempah di Ipoh. Total tempah untuk upah jahit + kain RM450. Ok sangat ni sebab kain yang dia guna berlapis-lapis dan kain tu bukan satin. Dia guna kain yang kasar sikit so tidur atas tu tak panas la. Lepas majlis kenduri pun boleh pakai lagi. Saya pilih cadar warna biru muda sebab baju yang pakai hari resepsi warna ungu gelap. So kena pilih warna cerah untuk kontra kan dengan baju resepsi. 

Korang buat apa lagi ye untuk urusan wedding? Setakat ni dulu ye.

Till then.
See ya!!

:)

2 comments:

mama IMAN said...

Guestbook jgn lupa..

Tinta Ana said...

yezza..guestbook harus ada.