Saturday, April 13, 2013

Bunga Merah Punya

Hai readers :)
Yup saya tahu sejak-sejak jadi penganggur tetap ni, saya asyik update pasal drama saja.haha..biala. Dah itu je yang saya buat. Mengadap drama tv dan online.hehehe. Sekarang tengah setia melayan drama arahan Zulhuzaimi, BUNGA MERAH PUNYA. Awal-awal tengok dulu kurang faham tajuk dia ni tapi now dah faham sangat :)

: Izzue Islam..Sharifah Sakinah ::

Drama ni boleh kata drama muzikal sebab heronya Izzue Islam memegang watak sebagai busker ataupun pemuzik jalanan. So, memang banyaklaaa lagu yang dia nyanyi. FYI, izzue ni salah sorang ahli kumpulan Forteen. Kumpulan penyanyi bawah KRU tu la kan. Heroin Sharifah Sakinah pun ada jugak menyanyi dalam drama ni.

Dah kata banyak lagu tu haruslah ada lagu yang tersangkut di hati. Haa..jom kita review pasal lagu pulak. 

OST Bunga Merah Punya
Nyanyian Zulhuzaimi 

Haa..lagu ni memang best. Sweet sangat tengok masa Merah dan Bunga kecik2. Comel!!

Kau, aku dan waktu.
Nyanyian Izzue Islam

Lagu feeeeling habissss. Sedih pun ada. Saya tak pernah lagi rasa rindu pada seseorang yang terpisah lama. Alhamdulillah orang yang saya sayang semua ada disisi. Tapi bila dengar lagu ni jadi sedih pulak..spesis hati cepat sentap!!

Sebenarnya banyak lagi lagu yang best2 tapi tak jumpa lagi.hehehe..So, jom kita sama2 layan drama yang bermain dengan emosi ni!!

Take care.


p/s : miss him a lot..

Wednesday, April 10, 2013

Sebenarnya, Saya Isteri DIa!!

**Tajuk ni bukan statement ok!!

:)
Mulakan hari dengan senyuman. Akhirnya saya ada jugak perasaan yang ada seperti wanita-wanita lain iaitu perasaan teruja untuk beli NOVEL!! Jujur ya, saya tak minat langsung baca-baca novel ni. Novel ni tebal kot!! Bercinta nak habiskan satu cerita. Tapi sebab satu drama ni, saya jadi tak keruan nak tahu jalan cerita ni. Drama adaptasi novel la ni. 


Haa..ni teraju utama drama ni. IZZUE ISLAM & TIZ ZAKYAH. Giler uolss tak nak tengok.hahahaha. Saya sebenarnya tak plan pun nak tengok cerita ni. Tertengok je waktu episod 1 last 2 weeks. Bila tengok macam bes pulak sebab jalan cerita dia tak de la stereotaip sangat..ala macam kita dah boleh agak next scene. Saya ni biasalah. Tak reti sabar nak tunggu next episod.haha. Memang dasar fomfuan xminat drama panjang. Nak pulak drama ni seminggu sekali je. 

Atas desakan ingin tahu punya pasal, saya terus cari novel ni online.haha. Teknologi dihujung jari la katakan. Lepas 5 hari saya order, maka sampailah novel tersebut di tangan saya. Haaa..teruja punya pasal sampai tak sempat lah nak snap gambar ke apa ke. Terus gunting parcel then peluk cium buku tu.hahaha..over kan. Memang sangat over sebab first time beli novel. Sebelum ni pinjam je kalau rasa nak baca.  

Hak milik terpelihara!

Sebelum baca semalam, saya balut dulu buku ni dengan pembalut plastik jernih. Saya memang banyak stok plastik pembalut ni. Zaman study dulu saya kira macam pembalut buku rekod dan fail praktikum tak bertauliah..hahaha..sebab tu banyak stok. So dah settle balut buku, saya pun mengadaplaaaaaaa buku ni sampai habis satu novel!!! Nak taw duration yang saya ambil untuk habiskan novel ni???

Novel : Sebenarnya, Saya Isteri Dia
897 muka surat
Masa mula : 3.15 petang
Masa tamat : 2.10 pagi
Jumlah masa untuk tamatkan novel : 10 jam 55 minit.
:)

Saya memang tahu saya bukan pembaca novel yang baik sebab saya memang TAK SABAR nak tahu ending. Malam semalam mata saya dah macam kena tongkat dengan kayu tapi saya tetap bertekad nak habiskan jugak.hahahaha..giler teruk habit. Tapiiiii..saya sangat berpuas hati dengan novel ni. Haihhh..tak rugi langsung beli. Oh ya, saya beli novel ni dekat sini http://jomlayanbuku.blogspot.com. Kalau berminat klik jela link tu.hehe. 

Thumbs up untuk novel ni.
Tak sabar nak tengok versi drama pulak.hahaha..again, TAK SABAR lagi!!
Ok, jumpa lagi,
Assalamualaikum.
:)

4.4.13 : Hotel Bayview, Pulau Pinang

*cerita hari Khamis minggu lepas..dah basi punya cerita!!*

Saya dah rakan-rakan berjaya melepasi satu lagi ujian sebelum bergelar guru. Saya akui terlalu banyak ujian yang kami kena lalui. Macam-macam urusan untuk penempatan, penempatan ditangguhkan sehingga tak tahu bila tarikhnya, 3 4 bulan menganggur tanpa sebarang hitam putih daripada pihak atasan, urusan temuduga SPP yang macam-macam perubahan. 

Hurmm..saya ni tak dak la tertekan sangat tapi bila terfikir atau tersembang dengan rakan-rakan rasa terkilan pun ada . Senior-senior semua tak sampai 2 bulan dah ditempatkan secara kekal. Ni ada pulak sistem Interim yang tak tahu hujung pangkal. Ok, ke laut sudah.

Kembali kepada tajuk perbincangan. Last week hari khamis lebih kurang jam 5 pagi saya bertolak ke Bayview Hotel yang terletak di Georgetown. Haruslah pergi dengan mama abah. Abah ada jugak tanya kot2 nak stay di Bayview 1 malam. Tapi saya rasa macam tak perlu la kot. Dekat je Taiping-Penang. So gerak sebelum subuh dan around jam 6 kami dah terpacak depan Bayview. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan-Nya. 
*mudah dengan bantuan GPS encik Nokia jua!!

*rakan seperjuangan : kumpulan 12*

Lepas subuh saya brekfes area parking kereta tu. Mama dah sediakan pulut, sambal ikan bilik dan air teh susu untuk brekfes. Abah la yang cadangkan buat brekfes sebab takut tak sempat nak cari. 7 lebih2 saya dah ready nak naik ke dewan. Mama abah ikut jugak naik ke Dewan Mas di tingkat 4 hotel. Masa tu tak ramai sangat orang. Ada pegawai bagi arahan untuk cari meja ikut kumpulan masing-masing lepastu sign kertas kehadiran atas meja tu. Lepas dah settle tu saya tak tunggu. Terus zasss ke toilet. Haihh..rutin pagi2..hikhik ;)

*gambar selingan : waktu rehat memang sembang dan makan sakan!! 4 bulan kot tak jumpa!!

Bila semua dah ready dalam dewan, pegawai2 atasan pun dah sampai, terus mula sesi semakan dokumen. Alhamdulillah urusan saya tiada masalah. Semua dipermudahkan. Dalam kumpulan pun saya tak de masalah. Rasanya simple sangat sesi Penilaian Khas ni, Mungkin ni ganjaran usaha lebih masa kat maktab kot..hehehehe (boleh ehh nak bangga sat)

*waktu makan lagi..makan memang tak boleh amik sikit geng perlis ni!!

Settle semua urusan, lebih kurang jam 12 tgh kami pun bersurai. Habis tu terus turun jumpa mama abah then abah decide untuk terus ke Alor Star. Nak melawat kakak Si Dia yang kena operate buang buah pinggang. Sekali lagi dengan bantuan GPS kami terus menghala ke terminal feri. Kami balik ke Tanah Besar naik feri tapi masing-masing malas nk turun dari kereta. Just bukak tingkap dan ambil angin dari dalam kereta aja.

Teman sekelas, serumah, sepraktikum, segalanya :)

Settle urusan di Alor Star, kami terus zasss pulang Taiping. Letihnya rasa tapi satu beban dah hilang. Tapi apa2 pun,saya tetap berdoa urusan penempatan kami akan dipercepatkan. Moga ada hikmah dengan apa yang berlaku ni. Perancangan Allah tu sangat sempurna kan. 

Wakil Pemulihan IPG Perlis..im really proud with us!!

Ok, jumpa lagi.
Assalamualaikum.
:)