Monday, August 31, 2009

Bermula perjuangan puasa di Perlis

Hurmm..
Cuti sekolah dah abeh maknanya cuti cikgu2 pun da abeh..
Adooii..
Buhsannya semua ni!!!
Tambah2 plak sekarang ni bulan Ramadhan.
Kena la mula berdikari.
Bangun sahur sendiri..
Sedia makan sahur sendiri..
Prepare untuk berbuka pun sendiri..
Sangat tidak best!!
Rite now saya baru je sampai dari Taiping.
Barang2 pun berterabur lagi.
Yang dah ready adalah juadah berbuka.

Pesan mama sebelum balik tadi :-
1. sampai bilik terus bukak semua makanan.
2. panaskan kuah laksa sebab takut basi (saya panaskan guna heater je..hak2)
3. rencah2 jangan tabur awal sangat sebab cepat basi nanti.

~miss my babies~

Friday, August 28, 2009

Jumaat sudah..

Hari ini jumaat.
Makanya tinggal 3 hari je lagi nak habiskan masa di rumah.
Saat-saat yang sangat malas adalah untuk pulang ke Perlis..huhuhu..
Para pensyarah sudah semestinya menanti dengan penuh gembira untuk menyerahkan bebanan2 tugas kepada guru-guru pelatih sekalian.
Huhuhuhuhu.
Sangat tidak best.
Tapi perjalanan harus diteruskan.

Pagi ni keluar beli barang2 untuk masak petang ni.
Menu pilihan mama :
1. Ikan kayu masak kicap.
2. Sambal tumis petai.
3. Acar nenas.
4. Kangkung goreng belacan.
5. Ikan goreng.
Simple je menu berbuka dan akan ditambah dengan kuih-muih buatan tangan penjual bazar Ramadhan.

Lepas settle membeli belah di pasar, shopping barang2 bekalan untuk pulang ke Perlis.
Bekalan untuk sahur sebenarnya.
Simple2 jela kan da stay kat hostel ni.
Tapi xpela..janji sahur jugak.

Owh..cerita2 pasal jumaat ni, abang sulung saya akan flight dari Sabah untuk pulang ke Perak.
Maybe esok dia akan sampai Perak sebab nak ambik wife dia dulu kat Selangor.
Doakan perjalanannya selamat.

Dats all for now.
~daa~

Tuesday, August 25, 2009

Budak-budak..=)

Mereka2 ni kanak-kanak yang sangat ceria.
Firsy day jumpa chekgu segan-segan kucing gitu.
Cikgu tanya pun pelan je jawab.
~cikgu sangsi..budak2 ni xsuka kat aku ke??~


Tapi masuk second day, mulut mula menyusun kata.
Nampak camera terus sengeh2.
Peace no war la.
Hahahahaha.
~cikgu hilang sangsi..budak2 ni malu rupanya~

The next day..
Mereka sangat ceria + ramah tamah.
Suhaimi : Cikgu2..nak taw x kampung saya kat mana?
Cikgu : Kat mana?
Suhaimi : kat Pulau Pinang..saya naik basikal je dengan mak saya balik kampung..Kadang2 saya yang bawak mak saya naik basikal.
Cikgu : ????

Khamis pula..
Conversation with Suhaimi + Naim Syahmi + Aidil
Budak2 : Cikgu..semalam kami main hujan dengan mandi2 kat air tepi jalan.
Cikgu : Haih..kotoq la!! (dengan nada marah)
Budak2 : Mana ada kotor la cikgu..bes ooo..kami buat macam dalam tb tue (rujuk kpd sukan renang)
Cikgu : Ish hampa ni..dok umah tidoq lagi baguih.
Budak2 : Eley..petang ni kalo ujan jom ikut kami.nak x cikgu??
Cikgu : Perlukah cikgu ikut???? (monolog dalaman)
~cikgu ceria + konpius dengan soalan budak2~

The last day..
~cikgu happy~

Saturday, August 22, 2009

Penyatuan Cinta 1 Ramadhan

Salam 1 Ramadhan buat semua Muslimin dan Muslimat.
Hari yang dinanti umat Islam kembali lagi.
Syukur ku panjat atas rahmatNya yang mengizinkan ku bernafas.
Syukur juga atas bahagia yang Kau limpahkan kepada keluargaku.
(Pix2 dibawah di snap pagi tadi lepas settle bersahur)

Iman look at his kakak Aisyah

Wajah yang dirindu..Aisyah Aqilah..

Tepuk amai2 with Tok Abah

Bersua muka..kakak and adik..

Abah Aisyah main dengan Iman..Aisyah usha tajam..haha

~Pagi yang indah bersama keluarga~

Tuesday, August 18, 2009

Cinta terakhir...

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentukan Tuhan

~aiman~

Sunday, August 16, 2009

Selamat UlangTahun

With a simple celebration..
I wish you happy birthday
May Allah bless you Abah.

And Happy 29th Annyversary to both of you.
We love you both Mama n Abah.

~lots of love from us~

Wednesday, August 12, 2009

Mama..Im happy=)

Pagi tadi ana hantar mesej abah minta nombor fon sekolah mama.
Then mama yang reply mesej tue.
Aikk??
Mama dah okkay ke??
Then reply mesej mama then mama terus call.
Haaahhh..Bestnya dapat sembang dengan mama tersayang.
Miss her voice so much!!

Kata mama dia masih MC dis week.
Kalo larat mama akan g sekolah dalam 2 3 hari lagi.
Pray so hard for your healthy mom.
Sabtu ni birthday abah + annyversary kan.
Cepat2 sihat ekk=)

Love you mama.
MMMMMUUUAAAHHH!!!

Tuesday, August 11, 2009

Mengidam makaroni goreng

Ada sapa2 nak tolong buatkan x???
=P~

Sunday, August 9, 2009

Hariku denganmu

Walau hati katakan jangan tapi tangan tetap menekan..
Menekan apa??
Menekan butir2 kata atas keyboard lappy tentang SI DIA.

Tq coz make me smile walaupun dalam hati owez think about mama.
Tq sudi berkongsi cerita n hilangkan sikit kesedihan.
Tq ceriakan hari ayang.
Tq so much mr sabrosa aka abg hamzah atas layanan tuan hamba kepada puteri manjamu ini =P

~loving you~

Saturday, August 8, 2009

Mama..i need you..

menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuatku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku
banyak kata yang tak mampu kuungkapkan kepada dirimu
aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku..sepanjang hidupku

i miss your laugh mama
please get well soon

Monday, August 3, 2009

Doakan dia

Khamis, 30 / 07 / 09
Mama dikejarkan ke Hospital Taiping akibat muntah yang keterlaluan.
Makanan sikit pun tak boleh masuk.
After inject 4 jenis ubat plus masukkan air 1 botol, mama dibenarkan pulang dengan nasihat rest banyak2.

Jumaat, 31 / 07 / 09
Mama rehat sepenuhnya di rumah ditemani oleh abah n kak dill.

Sabtu, 01 / 08 / 09
Mama dengan senang hati memberontak nak ikut abah g kebun walaupun kondisi badan masih tak stabil.
*kasih seorang isteri yang tak nak tengok suaminya susah berseorangan*

Ahad, 02 / 08 / 09
Mama sekali lagi dikejarkan ke hospital.
Kali ni mama warded sebab simptom yang berulang n kena buat pemeriksaan rapi.
Mama disyaki ketumbuhan dalam otak!!!

Isnin, 02 / 08 / 09
Keputusan ct scan negatif.
Mama tiada ketumbuhan. Alhamdulillah.
Mama masih lagi ditahan sebab nak jalankan beberapa lagi ujian.
Esok insyaallah mama akan buat ujian dentist.
Saya sendiri tak tahu apa kaitan dentist dengan semua ni.

Doakan yang terbaik untu dia.
Dia segalanya..