Thursday, December 29, 2011

Kem Kor SISPA IPG Perlis Semester 4

Assalamualaikum.
Cuti saya bermula dengan kem Kor SISPA IPG Perlis. Sebelum ni saya ada bercerita tentang Pertahanan Awam. Makanya kami ni telah didaftarkan secara rasmi sebagai Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam IPG Perlis. Untuk mendapatkan pangkat pegawai kami kena habiskan silibus pengajaran. Kem kali ni untuk silibus semester 4.

Gambar ni hari pertama daftar. Nak pegi taklimat di dewan. owh..hostel kami ni tingkat 5 ye. Harap maklum. Sebab tu boleh berenti amek gambar pe dulu sementara nak hilangkan penat. Maklumlah kan..kami ni semua fit la sangaaattt kann..haha

Sebelum taklimat mula harus posing dulu. Ni dewan baru so sangatlah selesa. Kerusi cantik, meja nak tulis cantik, aircond sejuk. Kesimpulannya, taklimat berjalan lancar dan jayanya. Sepanjang taklimat kami tak la mengantuk sebab tak buat apa-apa aktiviti lagi kan.hehe. Tunggu hari2 seterusnya.

Ni jugak sebelum taklimat bermula. Kami duduk sederet geng pemulihan. Senang nak sembang bincang..haha. 

Ni gambar second day. Dah mula kena pakai uniform. Ada kesah disebalik uniform ini..hehe. Sebenarnya saya ni 1st batch pertahanan awam. Makanya saya dah dapat uniform sebelum ni tapi apakan daya uniform yang dapat tu besarnya mengalahkan baju gajah. Jadi saya dengan slumber badaknya amek lagi satu set uniform..muahahah. Dapatlah saya pakai uniform dengan sempurna dan cantik kemas.

Ok..gambar ni memang macam over sikit. Nak bawak motor kecik pun terketar2 ini kan pulak nak bawak motor besar ni. Hari ni kami diperkenalkan dengan kenderaan2 yang digunakan. Macam-macam depa tunjuk dan salah satunya motor ni la. Selalunya pasukan pemantau akan guna motor ni untuk pantau tempat kejadian.  Macam mana la rupanya kalau saya yang bawak motor ni..aduss

Yang ni pulak keadaan dalam ambulans. Mula2 semua excited tapi bila nak gerak semua muka kejung..haha. Sebabnya encik driver dengan slumbernya bawak ambulans macam dekat highway. Laju giloss!! Jenuh jugak la kami yang kat belakang ni menahan gegaran sampai ada sorang tu pening2 lalat sepanjang hari..haish..kesian..

Ni gambar saja2 sebelum turun latihan kawad. Pakai half uniform. bergambar dengan latar belakang Gua Cenderawasih. Sapa2 yang tak pernah panjat gua ni dipersilakan sebab memang pemandangannya tersangatlah cantik. Tapi sebelum naik make sure exercise sket ek sebab sangat penat!!

Last picture of us. Bergambar selepas tamat majlis penutup. Perasaan time ni sangat gembira sebab dah lepas semua ujian semester 4. Im proud to be one of them!!


Moga kami semua berjaya mendapatkan apa yang dituju :)

3 comments:

chEntA said...

wah..tiba-tiba rasa *segakbergaya*
hahaha..^_^

Tinta Ana said...

haruslah segak..hehehhe

mamaiman said...

gambar last tu mcm cite p.ramlee duduk atas 'kerusi angin' hahaha...