Monday, June 22, 2009

kerana CINTA

CINTA itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya CINTA
di situ rindu bermula

CINTA itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

Semua kerana CINTA
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa merawat luka
damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih-sayang
begitulah CINTA yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta
kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

CINTA oh…oh CINTA
oh oh CINTA
oh oh CINTA
kerana CINTA

CINTA yang sejati hanya CINTAkan ilahi
CINTA ayah bonda tulus suci selamanya
CINTAkan saudara masa berada hanya sementara
CINTA sesama insan suburkan dengan ketaqwaan

::lagu neh ada rentak lagu Balqis UNIC. Masa neh dah ulang lagu ni berpuluh kali. Tenang.. (-.-) ::

2 comments:

.zara. said...

sweet~
semuanya kerana CINTA...
nguuu~

Tinta Ana said...

umm..bes..layan2 jiwang jap kan.haha