Wednesday, January 23, 2013

Maulidur Rasul 1434/2013

Esok semua umat Islam akan menyambut satu hari yang besar dalam sejarah Islam. Hari kelahiran kekasih Allah, Rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW. Tarikh kelahirannya jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Marilah sama-sama kita zahirkan rasa rindu kita kepada kekasih Allah ini dengan lantunan indah selawat ke atas Baginda.

Moga amalan berselawat ini dapat membawa seribu keberkatan dan rahmat dalam hidup kita. 
:)

Bumi Indera Kayangan

November 2012 merupakan bulan terakhir saya bertapa di bumi Perlis. Teringat kembali waktu pertama kali menjejakkan kaki di Institut Perguruan Perlis, terasa sangat sunyi maktab ni. Macam takdak apa-apa yang berlaku. Lepas dah settle daftar di HEP, pergi daftar bilik hostel pulak. Abah, mama dan kakak yang tolong hantar. Dah unpack barang, mereka2 pun balik ke Taiping. Bermulalah perjuangan sebagai guru pelatih. 

**gambar tak cukup 20 orang**

Inilah rakan-rakan seperjuangan saya. Waktu ni kami di semester 1. Muka semua kanak-kanak ribena sebab baru lepas SPM. Ada 3 orang je lepasan UIA, UM dan Matrik. Kiranya abang long dan kak long la.hehe. Tengok gambar di atas pun dah dapat menggambarkan kesengalan ahli2 kelas ni. Happening sentiasa.

Sebenarnya, saya merupakan calon panggilan kedua. So, daftar lewat 2 minggu dari kawan-kawan lain. Hari keluar keputusan panggilan kedua IPG, saya dah pun pack barang untuk daftar UITM Pulau Pinang. Abah dan mama adalah orang yang paling gelisah pada pagi tersebut. Keputusan katanya akan diumumkan pada jam 8 pagi tapi hampir jam 10 masih belum ada berita. Abah risau kerana proses pendaftaran UITM akan tamat jam 2 petang. Oleh itu, abah tekad untuk call rakan abah yang bekerja di KPM. Akhirnya terjawab penantian kami dengan berita gembira dimana saya ditawarkan IPG Perlis dengan opsyen Pemulihan Khas. Di raut muka mama dan abah jelas terpancar kegembiraan. Akhirnya, barang-barang UITM ditukarkan kepada IPG.hehe


Ini gambar terakhir kami. Gambar diambil selepas tamat exam terakhir di IPG. Kami bangga mempunyai satu sama lain. Masing-masing ada kekurangan dan kelemahan tapi setiap kekurangan itu diatasi dengan kelebihan orang lain. Memang ada banyak dugaan yang kami perlu tempuh dan kami berjaya atasi semua. Muka pun dah confident nak jadi guru. 

Sekarang, kami masih menunggu panggilan untuk dipostingkan. Harap-harap rezeki kami akan muncul tak lama lagi. Cuma ada seorang je yang dah dipostingkan iaitu the only non-muslim kesayangan kami semua, GK. Semoga berjaya dalam hidup ye sahabat. Anda semua sahabat terbaik yang pernah Ana ada.


Terima kasih untuk segalanya.
:)

Tuesday, January 22, 2013

Candid is always the best!!

Sebelum mula berceloteh, saya minta maaf kepada insan2 yang selalu kecewa bila tengok blog ni. Asyik bersawang je. Last story pun bulan Jun TAHUN LEPAS. Haihh..momentum untuk berblog ni memang selalu turun naik. Yang paling selalu turun la.hehe. 

Ok, berhenti mengarut-ngarut. Ada banyak sangat entry yang terhutang. Kalau nak kira dari last entry, memang tak terkira la jawabnya. Tapi saya akan listkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan 12/2012 dan bulan 1/2013. 

1. Tamat pertapaan di bumi Perlis
2. Family trip ke Perlis
3. Family trip ke Melaka
4. Konvensyen IPGM di Kuala Lumpur
4. Wedding kakak
5. Penanam anggur sepenuh masa

Insya-Allah semua peristiwa yang disenaraikan akan dicatatkan di laman kesayangan ni. Blog ni dah jadi macam diari usang sebab cerita asyik kena skip je.hehehe. Tapi xpela. Tuan tanah takde mood nak menulis. kalau ditulis jugak jadi karangan yang takde isi plak kan. Lagi menyampah tak seronok orang baca.

Sebelum tu, saya nak kongsikan gambar S.A.H.A.B.A.T saya sepanjang berada di Perlis. Merekalah yang mencorakkan kehidupan saya sepanjang 5.5 tahun. 
Enjoy~


Memang susah sangat kami ni nak berkumpul 20 orang untuk tangkap gambar. Gambar ni masa malam pementasan Mitoska. Projek untuk paper major kami. Tengok jela gelagat kami nak kumpul 20 orang.
1. Semua tak tengok kamera.
2. Ada yang dah posing tapi......
3. 18 orang dah posing baik punyerrr tapi ada agenda pulak 2 orang kat belakang tu.
4. Akhirnyaaaa..

...they always make me smile...
:)

Thursday, June 7, 2012

Kenangan itu terlalu berharga

Tinggal 1 semester je lagi nak bersama dengan mereka..
Kenangan selama 5 tahun pastinya akan kekal di ingatan..
Kenangan yang mengukir sejuta pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana..
Haihh..sayunya hati bila mengenangkan detik2 perpisahan nanti..
Moga Allah sentiasa memelihara langkah kita sebagai pendidik.
I love you all!!

- gambar kejadian di The Carnival Sungai Petani -

p/s : sedang mencipta memori2 terakhir bersama :)

Tuesday, June 5, 2012

4 Jun : Iman's Birthday




No matter how much you grow up, for me you are always going to remain the youngest, the dearest and the smartest child. Live every moment, today and always. My wonderful child, may all your dreams come true and may you know that you are loved today and always.

Happy 3rd birthday Abang!

Thursday, May 24, 2012

Semua student semester 7 dah berjaya menamatkan semester tepat jam 11 pagi tadi.
Alhamdulillah tiada apa kejadian yang tak diingini berlaku sepanjang semeter 7 ni.
Dah habis exam harussslah cuti.
Yahoooooo!!!!!
Sangat teruja untuk pulang ke kampung halaman *kampung la sangat*
Buat rakan-rakan seperjuangan, selamat bercuti dan semoga kita akan diberi kekuatan untuk menempuh semester akhir nanti yang pastinya penuh dengan cabaran.
Salam sayang buat semua.

p/s : have a nice holidays frens :)

Wednesday, May 23, 2012

Rabu Tanpa Kata


...sape la yang xrindu budak gedebot macam ni..

p/s : esok balik Taiping..cuti 3 minggu..hoorayy!!!